about me blog entries

Interview Ipg Pendidikan Awal Kanak2
30 April 2016 20:44 | Written by CNANONINO | 0 comments
Pertama sekali , dia akan suruh korang masuk .
Masuk , ketuk pintu , bagi salam .
Jangan duduk selagi dia tak suruh duduk .

Tapi kenyataanya , aku org first masuk .
Disebabkan aku nak cop tempat awal2 , aku dengan sesedap sesuka hati aku duduk dengan muka

*maaf saya lupa dan saya baru teringat tapi saya dah duduk jadi saya taktau nak buat apa maka saya duduk dengan buat muka taktau jela*


Lepas semua orang dah masuk dan ambil tempat duduk , dia suruh korang semua bangun dan berdiri di belakang kerusi .
Dia akan sebut nama sorang-sorang dan korang kena duduk ikut dia suruh .
Nama yg dia sebut tu ikut nombor yg dia tampal dekat cermin .

Siap duduk , dia tayang video .
Macam yang aku kena ni video fasal pengorbanan seorang ayah terhadap anak dia .

Korang carilah dekat youtube , Rick and Dick Hoyt .

Dia tayang dua kali video tu , 
so make sure korang dah rangka ayat dulu dalam kepala .
Jangan jadi macam aku , rangka ayat berserabut sampai keluar dari mulut pun berserabut , bukan berserabut , tak terkeluar terus hahaa *sadlyfe .

SOALAN YANG DI TANYA :

1. " Apa nilai yg korang dapat dalam video tu ? "

Dia suruh orang pertama jawab dulu , aku ketiga jadi aku rileks dulu hehe .

2. " Apa pengorbanan sesiapa sahajalah , keluarga atau kawan-kawan , terhadap diri awak , sampai awak berjaya capai kejayaan ? "

Yg ni dia suruh orang last sekali jawab dulu , aku lepak lepak dulu hehe .


Buat diskusi dalam kumpulan , tapi jangan bincang macam dekat kedai kopi , jangan berbisik , cakap biar kuat dan jelas biar sampai dia dengar . Dia nak nilai awak ni .

3. " Apa program yg perlu awak lakukan untuk kanak2 normal dan istimewa supaya dorang boleh rapat sesama mereka ?Dan apa yg awak perlu lakukan sebagai seorang guru ? "


4. " Baiklah . Sila buat rumusan terhadap apa yg korang semua bincangkan tadi "


5. " If you succeded in being a teacher , what do you think the challenges you will be confront with ? And how to overcome it ? "


Random question , omaii KBAT !!!

Yang ni dia panggil nama satu2 , dan dia akan bagi soalan random . Jadi korang nak "Saya bersetuju pendapat bla bla bla" tak boleh dahh sebab soalan lain2 hahaha

Yang aku dapat ,

6. " Bayangkan anda seorang guru pendidikan awal kanak-kanak , dan anda ingin membawa anak murid anda ke padang . Apa yang anda buat untuk memastikan mereka tak berterabur ? *lebih kurang* "

dan ada juga orang dalam bilik aku tu kena tanya ,

" Sistem pendidikan apakah yang menarik perhatian anda ? Sebutkan dan jelaskan . "

" Apa yang anda tahu tentang bidang yang anda ambil ini "
Last but not least ~

Dia suruh


7. promote yourself , 30 saat sahaja . Maka gunakanlah masa tu dengan baik dan gunakanlah peluang yang dia beri tu untuk memuji diri sendiri , ni lah masanya , jangan malu jangan segan , masa nilah nak jadi narcissist hahaha


8. Soalan ? Kalau ada , tanya je la , buat malu lak , nyampah iols *emoji menari

And then ? Kau baliklah , takkan nak tidur kat situ pulak woii !
Ok tu jela yg mampu aku kongsi .
Ni purely based on my experience laa .

Kalau kawan aku , subjek math , dia kena soalan siapa reka algebra , dan apa kepentingan belajar algebra semua2 tula .

Insane yeahh I know . Tapi atas panel masing2 laa , dan atas nasib koranglaa .

Good luck yaa semuaa , softskills tu penting .


Kak yaya macam mana ? Lepas tak ?

HAHAHAHAHHAHAHA

*me* :
 

← NEWER POST

my blog


BEWARE



No spamming , or I'll haunt you to death


FOLLOW ME ?


shoutbox



blog archive

back ⇨
Blogskins by wanaseoby.com.