about me blog entries

Ukcg Ipg
05 April 2016 21:08 | Written by CNANONINO | 0 comments
Intro , kalau tanak baca aku membebel ntah pape yg aku yakin aku akan malu di kemudian hari , maka skip lah bintang bintang berkelipan ni

**********************************************
 Hai junior busuk masam berbau sekalian !
Asal korang datang singgah sini , nak aku tolong letew ,
Lutut di kaki gue dulu !
Haa ha takutnya iols , sikit lagi nak terkucil hu *baling kaki

Korang mari sini of course laa nak tips untuk ukcg kan ?
Ya ya , bukan nak baca aku membebel ya ya , korang ni no fun betul .
Boooooo .

Lupa pulak aku nak cakap ,


Tahniah ! Sebab terpilih !

Korang ni insan bertuah , dipilih untuk menjadi insan pendidik bukan untuk jadi perosak bangsa ya . Tinggalkanlah amalan jahil mu dulu itu ! Contohilah kak yaya emm k k rak lu !

So tanak cakap banyak , biarpun aku dah cakap banyak , don't care , goodluck !
It's tiring , but sooo fun ! Seriously , jangan fokus test ukcg ni je ,
just have fun and buat kawan kay ?!
***********************************************

Ayuh kita proceed :

1. Korang sampai awal , skema kan , sama macam aku lewls lepak lepak dulu , makan roti , minum air dulu ke , beramah mesra dengan semua orang ke , tumbuk orang sebelah ke , bakar rambut orang belakang ke , terserah laa , takkan nak suruh aku ajar kot !

2. Nanti diorang *diorang ni akak abang fasi , pelajar ipg kalau tak silap* panggil korang untuk berkumpul kat mana mana jelah , diorang akan bahagikan korang kepada beberapa kumpulan .


3. Sebab apa eh ? Sebab korang ramai lah ! Hang pasaipa tanya soalan tak mencabar akal minda langsung huh *syok sendiri

4. Kena buat 6 checkpoint bawah ni .


CHECKPOINT :
a) INSAK
b) BMI
c) Lompat Kuadran
d) Kilas Sisi
e) Sit Up Variasi
f) Bleep Test (Bahasa Melayu dia Lari huu)

a) INSAK


Soalan dia yg A B C D E tu , dengan Setuju , Kurang Setuju , Tak Setuju huu .
Yg ni semua buat serentak , dalam dewan .
TEKAN untuk contoh .
Lebih kurang macam tu la , senang je , masa ni korang kena anggap korang manusia yg paling suci insan tak berdosa penuh tatasusila dan beradab tinggi .
MASA NI LAH KORANG NAK JADI HIPOKRIT , BILA LAGI ?!

b) BMI

Start daripada yg ni baru buat dalam berkumpulan .


Perlu ke aku explain yg ni ? Sedih laa uols .
BMI tu , dia ukur korang punya tinggi , dia timbang korang punya berat , kira kira dapat BMI .
Tamat . Kalau saya gemok ada chance nak lulus tak ?
Ada saiyangg , kerana dirimu begitu berharga CHIA CHIAA CHIAAA . Lawak ke setan *nanges

c) LOMPAT KUADRAN



Korang kena lompat dalam 10 saat something , alah lompat jelah secepat yg mungkin sampai lelah HAHAHA MACAM SENANG TAPI PENAT WOI .
Tapi ingat , jangan kena garisan okay , kalau kena nanti invalid , maknanya tak dapat point la time korang lompat kena garisan tu .
Nah , tengok gambar faham tak ?



d) KILAS SISI



Yg ni aku tak ingat sangat la , aku banyak kali invalid sebab kaki dia tak boleh bengkok ke apa ?
Aku tak ingat dah tapi adalah rule pasal kaki tu .
Sorry ye kengkawan , berdikari laa sendiri HAHAHA*kejam

Mula mula , korang kena bukak kaki sampai luas bahu ? Betul ke ayat aku luas bahu ni , rasa macam salah tapi persetankannn . Belakang korang nanti ada tampal kertas warna A4 .

Lepastu TANGAN , tangan ya kawan kawan , BUKAN jari .
Tangan korang kena sentuh lantai , pusing belakang sentuh kertas belakang korang tu .
Jangan lebih , ada la gaya kena letak tangan tu macam mana , tak ingat dah aku
*cerewet punya ipg*kutuk*

Buatla sebanyak mana mampu , diorang bagi masa 1 minit tak silap .
Gambar ni kawan kepada kawan aku lukis , so yg part cangkung tu aku tak sure ,
tapi aku ingatla kaki tu taleh bengok ke apa ntah , sebab banyak kali aku kena tegur kot hua hua .


e) SIT UP VARIASI


Rujuk gambar , senang sikit korang nak faham . Dia bagi tikar , jangan risau saiyang sekalian .

WARNING ! JANGAN BIAR KAKI KORANG TERANGKAT .

i) Yg biasa punya , baring , posisi lutut paha macam gambar bawah , tangan lurus atas , bangun
*bangun angkat badan ye , bukan berdiri , nayee laa kalau diri , out ! hahaha*
tangan pegang lutut , bangun , setel .

ii) Tangan letak dekat sisi , proceed .


iii) Tangan letak dekat perut , proceed tapi sebab tangan korang dekat perut kan , jadi part ni dagu korang pulak yg kena dekat lutut .


iv) Tangan letak silang atas kepala , proceed .




v) Tangan genggam belakang , proceed .


" Akak , akak boleh buat sampai yg mana satu eh ? "
HAHAHA kuangja kau adik dik berpeluh tak mandi sekalian , ofkoz laa sampai yg ke 4 je
*boleh detect tak nada bangga aku kat sini ?*

tamat . TAK HAHAHAHA


f) BLEEP TEST

HAHAHAHAHAAHHAHAHAAHHAHA
Bila aku ingat test ni , aku rasa nak gelak dengan
Yg ni korang kena lari depan semua orang . Apa kak ? Saya tak salah baca kan ?
TAK . KORANG KENA LARI DEPAN SEMUA ORANG .
Tapi still ikut dalam group . Ikut turn .

Bleep test tu apa ? Korang search gugle

*google ya , jangan jadi bendul pergi search keyword "gugle" , nanes kang* ,
dan try sendiri .
" Penat la akak " .
MEMANG . PENAT . SANGAT . SANGAT ! PUN .


KALAU RASA NAK PENGSANG JANGAN PUSH DIRI .

Pergi tepi . Kawan akak cramp kaki lepas lari sebab dia push diri sendiri sangat .
Akau tau dia malu , depan rakyat merhaen kot , habis blur imej kecekalan tadi huu .
Tapi no worry saiyang sekalian , beliau lepas . Korang bila lagi haa

" Saya nak lepas macam mana akak tak terang pun bleep test tu apa ! "

Aku baru nak cakap , korang paksa paksa aku , tanak cakap !


Nah , tengok gambar je *hmph


Labels: , ,


← NEWER POST

my blog


BEWARE



No spamming , or I'll haunt you to death


FOLLOW ME ?


shoutbox



blog archive

back ⇨
Blogskins by wanaseoby.com.